Analisis GOLD – Emas Tergolek Di Penghujung Minggu, $1,800 Kekal Jadi Sasaran

977

Carta pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya gagal untuk mendaki lebih tinggi setelah harga emas kembali menjunam melebihi 350 pips di awal sesi New York pada Jumaat lalu.

Junaman berkenaan secara tidak langsung telah pun sekali lagi mencecah zon RBS (resistance become support) 1780.00 sebelum melonjak pada penghujung sesi sehingga bersambung ke dagangan hari ini.

Namun demikian, harga emas dilihat memulakan pergerakan yang sedikit mendatar pada pembukaan dagangan Isnin di sesi Asia dan menyaksikan harga sedang hampir menguji ke paras tumpuan 1800.00.

Pasaran nampaknya menerima kejutan daripada kebimbangan terbaharu mengenai penemuan varian Omicron yang ditemui di Afrika Selatan serta juga mengakibatkan kebanyakan pasaran sedikit terjejas.

Dagangan emas turut dimusnahkan oleh permintaan yang berkurangan dek kerana penularan wabak Covid-19 di seluruh negara sehingga membuatkan pelabur lebih ingin meningkatkan pegangan tunai.

Akan tetapi angkara kemerosotan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang susut ke bawah paras 1.50% telah memberi sokongan kepada harga emas untuk memapar sedikit peningkatan.

Menjadi tumpuan utama pelabur adalah bakal diperhatikan pada zon SBR (support become resistance) 1800.00 untuk ditembusi bagi menafikan corak penurunan dan terus mendaki ke puncak lebih tinggi.

Pendakian berikutnya akan memperlihatkan jangkaan untuk menguji ke zon SBR 1830.00 yang secara tidak langsung bakal mampu menuju zon SBR 1850.00 bagi memapar isyarat perubahan trend bullish.

Manakala zon RBS 1780.00 berkebarangkalian bakal sekali lagi duji setelah harga masih lagi gagal untuk menembusi zon itu sebelum kemampuan yang lebih rendah akan mencecah ke zon sokongan 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat