Analisis GOLD – Emas Terus Sinari Dagangan Pelabur

1,343

Khabar gembira buat pelabur emas apabila harga sudah mula membuat kenaikan melepasi paras $1,800 semula pada minggu ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga meneruskan kenaikan setelah meningkat dari paras sokongan 1765.00 pada Jumaat lalu.

Kenaikan harga ini telah memberi kelegaan semula kepada pelabur setelah pelabur menyaksikan penurunan harga emas untuk 2 minggu berturut-turut sebelum ini.

Harga telah melonjak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk jelas untuk pengukuhan nilai emas pada awal minggu ini.

Seperti yang dijangkakan pada analisis sebelum ini, harga yang berjaya melepasi paras 1800.00 telah menuju ke zon SBR (support become resistance) 1820.00.

Dagangan Selasa lebih perlahan setelah kenaikan harga pada sesi Asia tidak berjaya diteruskan dengan penurunan semula harga di awal sesi Eropah.

Kenaikan harga lebih tinggi dijangkakan melepasi zon SBR 1820.00 untuk menuju semula ke paras rintangan 1850.00.

Namun sekiranya harga gagal mengekalkan momentum kenaikan, harga boleh jatuh semula di bawah paras 1800.00.

Penurunan lebih rendah dari paras tersebut akan mendorong harga kembali semula ke zon tumpuan sebelum ini seperti pada zon RBS (resistance become support) 1785.00 dan support 1765.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat