Analisis GOLD – Harapan Pelabur Terkubur, Emas Menjunam Semula Menjelang Laporan NFP

3,516

Pelabur emas terpaksa menahan kekecewaan sekali lagi selepas harapan untuk melihat harga emas terbang lebih tinggi kembali pudar semula.

Sebelum ini harga emas telah memaparkan peningkatan susulan reaksi negatif US dolar yang melemah susulan keputusan mesyuarat FOMC.

Namun, US dolar kembali paparkan pengukuhannya semula semalam menuju laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan menggegarkan dagangan penghujung minggu ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga emas menjunam semula semalam selepas kenaikan sebelumnya telah berjaya melepasi paras tumpuan 1900.00.

Gagal untuk bertahan di atas paras 1900.00 harga susut semula dari zon tersebut dan kembali semula ke zon tumpuan 1870.00.

Bergerak mendatar di zon tersebut pada dagangan yang bersambung pada Jumaat, harga memberi isyarat bearish dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Jika corak penurunan harga dikekalkan, harga dilihat akan susut lebih rendah menuju zon support pada 1850.00.

Dan penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke zon sekitar 1830.00 untuk terus memburu paras terendah terbaru 3 bulan.

Namun jika harga emas melonjak semula, paras 1900.00 akan kembali menjadi tumpuan semula untuk dicapai sebelum memberi isyarat trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi melepasi 1900.00 berkemungkinan akan mendorong jangkaan positif pelabur untuk melihat emas menuju semula sasaran 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat