Analisis GOLD – Harapan Terkubur, Bertabahlah Wahai Pelabur Emas

665

Harapan pelabur emas untuk melihat lonjakan lebih tinggi komoditi tersebut pada minggu ini bertukar pudar apabila harga terlebih dahulu memberi petunjuk yang suram pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Dagangan komoditi logam kuning itu semakin menyusut pada corak pergerakan yang dipaparkan pada Isnin semalam selepas gagal untuk melepasi nilai $1,800 setelah cubaan untuk beberapa kali menembusinya sepanjang minggu lalu masih gagal.

Susulan terbitan data ekonomi China pada sesi Asia Isnin semalam yang merosot berbanding jangkaan telah memberikan sokongan terhadap pengukuhan mata wang US dolar dengan sentimen pasaran dilihat kembali dinilai berisiko (risk-off) di samping menekan harga emas.

US dolar sebagai mata wang safe-haven mendapat kelebihan dalam sentimen pasaran risk-off namun situasi tersebut gagal dimanfaatkan oleh emas sebagai aset safe-haven yang mengalami penyusutan nilai semula.

Ini menunjukkan tarikan terhadap aset emas lebih rendah pada waktu ini dengan kemungkinan pelabur lebih memilih untuk meningkatkan pegangan tunai.

Pelabur kini menantikan terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) dan juga minit mesyuarat FOMC bagi melihat pergerakan US dolar pada minggu ini yang akan turut mempengaruhi perubahan nilai emas semasa.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dilihat harga emas menyusut sekitar $30 setakat dagangan awal minggu semalam, menjunam dari paras rintangan 1800.00 selepas harga menguji zon tersebut sepanjang minggu lalu.

Penurunan terendah harian semalam telah mencecah ke paras 1773.00 selepas melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD untuk kembali memberi isyarat awal perubahan trend bearish.

Bersambung pada pembukaan sesi dagangan Asia pagi ini (Selasa), harga yang telah bergerak mendatar di bawah zon 1785.00 sejak penghujung sesi New York lalu telah meneruskan penurunan kembali untuk menguji paras yang dicecah harga semalam.

Dengan corak yang dipaparkan, penganalisis melihat kecenderungan harga untuk menyambung penurunan lebih rendah menuju pula ke zon tumpuan pada 1760.00 selepas zon tersebut masih berjaya menampung kejatuhan harga memasuki minggu ketiga ini.

Sekiranya zon tersebut berjaya harga tembusi, kejatuhan yang lebih rendah bagi emas diramalkan bakal menyusut sehingga ke zon RBS (resistance become support) 1740.00 sebelum jangkaan seterusnya untuk mencecah paras 1720.00 yang menjadi tumpuan.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, melepasi halangan paras MA50 akan menjangkakan zon rintangan pada 1800.00 akan diuji semula dengan petunjuk lebih bullish untuk pergerakan harga emas.

Selanjutnya, harga yang meneruskan pengukuhan akan mensasarkan beberapa paras tumpuan sebelum ini seperti zon 1815.00 dan 1830.00 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat