Analisis GOLD – Harga Akan Menguji Paras 1900.00 Untuk Petunjuk Lebih Jelas

1,478

Selepas menunjukkan kenaikan harga pada Jumaat lalu, emas dilihat terus didagangkan perlahan sementara pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas sentimen dalam pasaran yang masih dihimpit di antara kes jangkitan Coronavirus yang terus meningkat dengan perkembangan semasa vaksin.

Pada carta harga XAU/USD yang menunjukkan pergerakan harga emas berbanding US dolar, harga terus meningkat selepas mendatar di atas paras sokongan sekitar 1875.00.

Seterusnya, pada dagangan yang bersambung di awal minggu ini, harga kekal bergerak di bawah paras 1900.00 yang menjadi paras rintangan semasa.

US dolar yang mempengaruhi pergerakan harga emas juga dilihat masih tercari-cari arah yang lebih jelas. Mata wang utama itu bergerak lemah di awal minggu selepas mempamerkan pengukuhan pada minggu lalu berbanding mata wang safe-haven lain yang menyusut.

Pelabur akan menilai sama ada harga berjaya melepasi paras 1900.00 atau tidak. Jika harga berjaya melepasi rintangan tersebut, kenaikan lebih tinggi akan tertumpu pula pada zon 1910.00 sebelum ke zon 1938.00.

Kemudiannya, zon resistance 1960.00 akan menjadi tumpuan utama selepas harga menjunam dari paras tersebut pada awal minggu lalu sejurus selepas laporan vaksin berlegar dalam pasaran.

Sekiranya harga emas kembali susut, penurunan harga bakal ke paras sokongan 1875.00 semula dengan penurunan lebih rendah akan menuju zon support 1850.00 yang dicecah ketika terjunan harga minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat