Analisis GOLD – Harga Bangkit Menuju Ke Semula Ke Paras $1,900

796

Sentimen pasaran dilihat lebih pulih pada hari ini dipengaruhi oleh isu utama yang menjadi tumpuan iaitu rundingan Brexit dan juga pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Harapan untuk rundingan Brexit dicapai pada hari ini telah meningkatkan kembali keyakinan para pelabur walaupun pada nada yang berhati-hati. Keputusan rasmi rundingan dinantikan.

Manakala perkembangan pakej bantuan Covid-19 di AS yang sebelum ini tidak disenangi oleh Donald Trump untuk ditandatangani dilaporkan semakin baik apabila penggubal undang-undang dikatakan bersetuju untuk meningkatkan nilai bantuan yang dikritik Trump sangat rendah.

Perubahan nilai dagangan US dolar dalam pasaran turut memberi kesan pergerakan harga emas pada carta harga XAU/USD.

Harga yang dilihat cuba membuat penurunan semalam sekadar menguji paras support mingguan pada sekitar 1857.00 sebelum lonjakan semula pada awal sesi New York ke paras tumpuan 1875.00.

Harga juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga yang memberi isyarat untuk trend menaik bagi harga emas.

Namun kenaikan yang diteruskan pada dagangan Khamis perlahan sejak sesi Asia bermula berlegar di atas paras 1875.00.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, zon resistance 1900.00 akan sekali lagi diuji setelah berjaya dicapai awal minggu ini.

Namun jika harga kembali menjunam semula, paras sokongan mingguan dan juga zon RBS (resistance become support) 1850.00 akan menjadi tumpuan harga.

Penurunan lebih rendah harga emas berkemungkinan terdorong menuju pada paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat