Analisis GOLD – Harga Emas Bakal Tergolek Ke Paras $1,700?

1,856

Jangkaan untuk harga emas melonjak tinggi pada dagangan awal minggu nyata mengecewakan ramai pelabur apabila trend masih menunjukkan penurunan buat nilai logam kuning itu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada pembukaan dagangan minggu ini, dapat dilihat pada sesi Asia semalam harga membuat kenaikan hampir ke paras ketinggian 1760.00 selepas kejatuhan harga emas mencecah 1720.00 pada minggu lalu.

Namun selepas menguji zon SBR (support become resistance) tersebut, harga gagal meneruskan kenaikan sebelum membuat penurunan semula pada sesi Eropah bersambung ke sesi New York ke paras support 1720.00 semula.

US dolar nyata mengekalkan momentum pengukuhan sejak minggu lalu dan memberi tekanan buat dagangan emas semasa.

Lebih parah lagi buat para pelabur apabila dagangan yang bersambung di sesi Asia hari ini melihatkan harga turun lebih rendah melepasi paras 1720.00.

Namun, penurunan harga mencecah sekitar paras 1707.00 sebelum kembali semula berlegar di paras 1720.00 pada sesi Eropah.

Penurunan tersebut juga mencatatkan paras terendah terbaru harga emas dalam tempoh 9 bulan.

Penurunan harga emas emas dijangka diteruskan sehingga ke paras 1700.00. Pelabur akan menanti reaksi harga pada paras sekitar itu yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan pula, paras-paras rintangan sebelum ini seperti 1745.00 dan zon SBR 1765.00 akan menjadi tumpuan semula.

Pantau sentimen pasaran semasa serta pergerakan US dolar dalam pasaran yang mempengaruhi nilai emas semasa.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat