Memulakan dagangan tahun baru dengang langkah kanan, kenaikan harga emas di awal minggu telah berjaya mencapai ke paras ketinggian sekitar $1,940 selepas harga dibuka di atas paras tumpuan $1,900 pada awal sesi Asia semalam.
Namun, sejak penghujung sesi New York sehingga bersambung ke sesi Asia dan Eropah hari ini, harga dilihat mendatar di sekitar paras ketinggian yang dicapai semalam sementara pelabur memantau sentimen pasaran.
Carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar masih menunjukkan corak trend bullish walaupun pergerakan harga mula perlahan pada hari ini berbanding lonjakan semalam.
Pelabur kembali berwaspada terhadap faktor ketidaktentuan politik menjelang pilihan raya Georgia yang akan menyaksikan calon sama ada dari parti Demokrat atau Republik yang akan menjadi wakil di Senat.
Bakal Presiden Joe Biden semestinya mengharapkan kedua-dua kerusi yang dipertandingkan dimenangi oleh wakil Demokrat bagi mengukuhkan lagi sokongan di Senat.
Kebimbangan terhadap isu tersebut di samping peningkatan kes Covid-19 kembali mengehadkan penyusutan berterusan US dolar.
Dapat dilihat juga harga pada carta XAU/USD mendatar selepas lonjakan harga yang dipamerkan. Namun, harga boleh menyambung semula kenaikan jika US dolar kembali lemah dalam pasaran.
Penganalisis meramalkan kenaikan harga emas yang berjaya melepasi paras 1900.00 berpotensi untuk menuju semula ke paras ketinggian 2000.00.
Paras harga 1900.00 menjadi paras sokongan harga jika penurunan berlaku untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum pelabur menilai isyarat pergerakan selanjutnya harga emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI