Analisis GOLD – Harga Emas Catat Paras Tertinggi Sejak Januari

723

Dagangan emas masih mengekalkan trend bullish sehingga bersambung pada awal minggu ini walaupun momentum kenaikan harga agak perlahan.

Situasi ini dijangka akan berterusan sehingga penghujung minggu ini berikutan US dolar yang berkemungkinan didagangkan lemah menjelang laporan data pekerjaan NFP AS untuk bulan Mei akan diterbitkan pada Jumaat.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang telah berjaya melepasi paras 1900.00 meneruskan kenaikan ke paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.

Pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga meningkat ke paras sekitar 1916.60 sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru harga emas yang dicapai sejak awal Januari.

Awal sesi Eropah menyaksikan harga mula bergerak susut semula. Namun, pergerakan yang kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberikan isyarat pergerakan trend bullish buat emas.

Dengan jangkaan situasi penyusutan US dolar yang berterusan, penganalisis pasaran komoditi menjangkakan paras sasaran terbaru buat emas untuk mencapai 1950.00.

Paras tersebut merupakan zon rintangan yang telah diuji pada dagangan September dan Disember 2020 di mana harga menemui kesukaran untuk tembusinya.

Jika harga susut lebih rendah di bawah paras 1900.00 dan juga paras sokongan MA50, pelabur perlu berjaga-jaga untuk situasi kejatuhan semula harga emas.

Bagi penurunan terdekat, paras harga yang perlu diberi tumpuan adalah pada 1875.00 dan juga zon RBS (resistance become support) 1850.00.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga zon RBS utama pada 1800.00 semula yang akan menentukan arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat