Analisis GOLD – Harga Emas Dijangka Jatuh Untuk Hari Ketiga?

811

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar mula menunjukkan perubahan trend bearish di awal minggu apabila harga gagal mengekalkan corak kenaikan minggu lalu.

Pada Isnin, harga emas yang membuat kenaikan ke paras tumpuan 1900.00 telah menjunam 500 pips sebelum meningkat semula separuh daripada penurunan namun telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan diteruskan pada Selasa semalam di bawah paras 1875.00 dan menutup dagangan di paras terendah harian sekitar 1860.00.

Pergerakan harga emas dan US dolar masih dipengaruhi oleh sentimen berisiko pasaran di mana varian virus baru berkemungkinan merencatkan pemulihan ekonomi.

Selain itu, pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang telah diluluskan walau bagaimanapun tidak disenangi oleh Donald Trump untuk ditandatangan ekoran tidak bersetuju dengan nilai bantuan kepada rakyat yang rendah.

Harga emas pada bergerak mendatar sejak sesi Asia pagi ini bersambung ke sesi Eropah dan masih berada di bawah paras halangan MA50.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menguji zon RBS (resistance become support) 1850.00 sebelum penurunan selanjutnya harga berpotensi menuju semula ke paras tumpuan 1800.00.

Sekiranya harga membuat kenaikan semula dan menembusi paras rintangan 1875.00 dan halangan MA50, zon resistance juga paras tumpuan pada 1900.00 akan sekali lagi diuji pada minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat