Analisis GOLD – Harga Emas Jatuh Semula Ke Paras Sebelum Lonjakan NFP!

1,050

Harapan yang terbina kepada pelabur emas di penghujung minggu lalu ranap semula pada awal minggu ini.

Pada Jumaat lalu, harga emas telah melonjak naik ketika pasaran menghadam laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan walaupun pada mulanya alami kejatuhan seketika.

Susulan penyusutan lanjut US dolar, harga emas telah didagangkan lebih tinggi di sesi terakhir minggu lalu hampir mencapai ke $2,400.

Namun, corak kenaikan itu tidak berjaya diteruskan sebaliknya harga emas kembali merudum jatuh semula pada Isnin semalam.

Situasi pergerakan harga diperhatikan pelabur pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Sebelum lonjakan pada sesi New York Jumaat lalu, harga turun dahulu mencecah paras 2350.00 dan turut menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Memberi isyarat bullish, harga telah melantun deras sehingga mencapai 2390.00 di penghujung sesi terakhir itu.

Sangkaan pelabur untuk melihat harga naik lebih tinggi meleset apabila berlaku penurunan semula bermula dari sesi Asia dan lebih parah pada sesi New York.

Selain mencetuskan isyarat bearish dengan terjunan di bawah garisan MA50, harga juga telah kembali hampiri semula ke paras sebelum lonjakan Jumaat lalu itu.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Selasa ini, berlegar di bawah halangan MA50 sekitar bawah paras 2370.00.

Jika penurunan harga diteruskan lagi selepas ini, jangkaan kawasan yang bakal mengundang reaksi harga dilihat pada sekitar 2330.00

Seterusnya, terdapat paras sokongan harga pada 2300.00 yang bakal diuji selepas pada penghujung lalu, paras tersebut berjaya melantunkan harga naik semula.

Namun sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi halangan MA50, masih ada potensi untuk corak kenaikan minggu lalu diteruskan kembali.

Mengatasi paras pada Jumaat lalu, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran terhampir untuk dituju adalah 2400.00 sebelum ke paras 2430.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat