Analisis GOLD – Harga Emas Kekal Mendatar Menuju Ke Penghujung Minggu

855

Pergerakan harga emas masih lagi dalam zon mendatar dan masih belum memberikan petunjuk jelas untuk arah harga selanjutnya.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan cubaan harga untuk menuju ke paras 1800.00 pada awal sesi New York semalam.

Namun sekadar mencapai paras sekitar 1795.00, harga kembali susut semula susulan pengukuhan US dolar telah menekan harga ke paras rendah.

Penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD membuatkan pelabur berhati-hati untuk isyarat awal trend penurunan. Namun masih awal untuk melihat arah dengan lebih jelas.

Pergerakan harga mendatar di sekitar paras 1775.00 bersambung pada sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini (Khamis).

Penurunan harga dijangka akan menguji zon support pada 1765.00 yang dicecah harga ketika penutupan dagangan penghujung minggu lalu.

Harga yang berjaya tembusi zon tersebut akan mencatatkan paras terendah mingguan terbaru dan terendah bagi tempoh 8 minggu dengan jangkaan paras sasaran terhampir pada sekitar 1745.00.

Jika harga jelas menunjukkan trend penurunan semula, pelabur akan menjangkakan harga untuk menuju ke paras tumpuan pada 1700.00 semula pada minggu berikutnya.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan, paras 1800.00 akan diuji sebagai zon rintangan harga sebelum kenaikan di atas paras tersebut akan memberika isyarat untuk perubahan trend bullish.

Sasaran kenaikan harga emas seterusnya akan kembali menuju semula ke zon SBR (support become resistance) 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat