Analisis GOLD – Harga Emas Kembali Menjunam!

1,498

Pasti ramai pelabur emas yang kecewa apabila harapan untuk melihat harga emas melonjak lebih tinggi pada minggu ini musnah dengan kejatuhan ketara logam kuning itu semalam.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga menjunam sekitar 350 pips sehinngga sesi pasaran New York semalam.

Harga menjunam sehingga bawah paras 1800.00 semula selepas harga berjaya bertahan di atas zon tersebut sepanjang minggu lalu.

Momentum kenaikan harga gagal dikekalkan pada awal minggu selepas pelabur melihat lonjakan emas ke paras ketinggian terbaru mencapai 1834.00 pada Jumaat lalu susulan terbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Penurunan semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada dagangan semalam turut memberi isyarat bearish pada carta XAU/USD.

Bersambung pada dagangan hari ini (Rabu), harga mendatar di bawah paras 1800.00 yang akan dinilai pelabur sebagai zon penting menentukan arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Dengan kejatuhan ketara yang dipaparkan, berkemungkinan harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah menuju penghujung minggu dengan paras sasaran dilihat pada 1765.00 dan paras 1745.00 yang menjadi tumpun sebelum ini.

Namun tidak mustahil untuk pelabur menyaksikan semula harga emas melonjak di atas zon 1800.00 tersebut jika sentimen pasaran berubah dan memihak kepada emas.

Zon rintangan 1830.00 yang diuji pada penghujung minggu lalu akan menjadi rintangan utama yang perlu diuji sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan menuju zon tumpuan 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat