Analisis GOLD – Harga Emas Masih Berlegar Pada Zon $1,800

686

Pergerakan harga emas dilihat kekal mendatar di atas paras $1,800 sejak minggu lalu sementara pelabur masih berwaspada terhadap sentimen pasaran yang bercampur-campur.

US dolar pula dilihat bergerak sedikit susut pada penghujung minggu lalu bersambung pada awal dagangan minggu ini dengan beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) seperti kadar inflasi serta data jualan runcit bakal menjadi tumpuan minggu ini.

Pelabur juga akan menantikan petunjuk oleh ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell minggu ini berkenaan polisi monetari selepas minit mesyuarat FOMC terbaru tidak memberikan sebarang isyarat untuk pengurangan pembelian bon (tapering).

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan penurunan harga di sesi Asia pagi Isnin ke paras 1800.00.

Paras tersebut dilihat menyokong sedikit kenaikan pada awal sesi Eropah namun terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk dijadikan petunjuk arah bagi pelabur.

Penurunan semula harga dan bergerak di bawah paras 1800.00 bakal memberi isyarat untuk trend menurun harga emas.

Untuk tempoh lebih panjang, harga dilihat akan bergerak menuju semula ke paras 1765.00 sebelum menguji zon support sekitar 1745.00.

Sebaliknya, jika harga berjaya meneruskan lonjakan dari paras 1800.00 tersebut, paras rintangan minggu lalu hampir di zon 1820.00 bakal diuji semula.

Melepasi kenaikan pada zon tersebut akan mendorong jangkaan harga untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1845.00 kembali.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat