Analisis GOLD – Harga Emas Naik Lagi, Sikit Lagi Nak Capai $1,800!

1,328

Pergerakan harga emas menuju penghujung minggu ini semakin memberikan kelegaan buat pelabur apabila terus menunjukkan peningkatan untuk mengurangkan kembali kerugian di awal minggu.

Harga emas didagangkan meningkat didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang berterusan ketika pasaran masih berwaspada menanti jawapan keputusan mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Sentimen pasaran pula lebih dipengaruhi oleh perkembangan positif di China dengan berita fasa peralihan selepas kerajaan mengumumkan dasar sifar Covid akan ditamatkan.

Justeru, US dolar sebagai mata wang safe-haven turut didagangkan lemah. Namun, isu perang Rusia-Ukraine dan pasaran minyak mentah global boleh mencetuskan kebimbangan semula.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat masih meneruskan corak kenaikan pada Khamis semalam walaupun pada tempo yang lebih perlahan berbanding hari sebelumnya.

Selepas mendatar seketika di sekitar 1782.00, harga meneruskan kenaikan ke ketinggian 1794.00 sebelum menutup dagangan penghujung sesi New York sedikit rendah.

Harga menyambung lagi kenaikan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) ke paras 1797.00 sebelum susut semula pada dagangan yang bersambung di awal sesi Eropah.

Pergerakan harga emas itu dilihat masih kekal dalam trend bullish dengan harga berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Kenaikan dijangka akan diteruskan untuk pelabur menyaksikan zon 1800.00 yang kini menjadi rintangan, bakal ditembusi.

Sekiranya US dolar terus ketara melemah pada sesi terakhir minggu ini, harga emas berpeluang untuk melanjutkan pendakian mengatasi paras yang dicapai awal minggu lalu.

Sasaran seterusnya adalah untuk menuju ke sekitar 1830.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Namun, jika harga gagal untuk meningkat di atas paras 1800.00 sebaliknya jatuh lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, akan menjadi isyarat awal perubahan trend bearish buat emas.

Dan harga boleh susut lebih rendah menuju ke zon tumpuan pada 1760.00 semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat