Analisis GOLD – Harga Masih Mendatar Di Bawah Paras $1,800

800

Sejak Jumaat lalu, harga emas bergerak mendatar di bawah paras harga $1,800 dengan paras terendah yang menjadi sokongan adalah pada zon $1,765 selepas penurunan ketara yang dipaparkan.

Pergerakan mendatar harga bersambung pada dagangan awal minggu ini seperti yang dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dalam pasaran.

Harga mencatatkan kenaikan 200 pips semalam melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Bersambung pada dagangan Selasa, harga menunjukkan penurunan dan menguji semula paras MA50 untuk memberikan isyarat arah pergerakan harga selanjutnya kepada para pelabur.

Namun, pelabur berkemungkinan berwaspada sementara menantikan ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell bagi petunjuk terhadap dasar bank pusat yang akan mempengaruhi US dolar dan turut menggerakkan dagangan emas.

Zon support harga pada 1765.00 bakal diuji jika harga kembali membuat penurunan semula untuk menyambung pergerakan trend bearish.

Paras 1745.00 dilihat akan menjadi sasaran seterusnya harga dengan jangkaan untuk harga emas kembali semula ke paras tumpuan 1700.00.

Jika harga berjaya membuat kenaikan pula, melepasi paras 1800.00 akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi akan menjadikan paras 1850.0 sebagai sasaran awal yang berada pada zon SBR (support become resistance) selepas melepasi kenaikan di atas paras 1820.00 sebelumnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat