Analisis GOLD – Harga Teruskan Kenaikan Untuk Hari Ke-2

1,315

Kembali mengukir senyuman buat para pelabur emas pada hari ini selepas nilai logam kuning berharga tersebut melonjak semula dalam pasaran selepas menutup dagangan November di paras terendah sejak Julai.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar, kenaikan harga mula berlaku selepas harga mencecah paras terendah di awal minggu pada 1764.00.

Pada dagangan Selasa semalam kenaikan harga emas telah melepasi zon SBR (support become resistance) 1800.00 dengan kenaikan diteruskan lagi pada hari ini.

Sejak awal minggu, harga telah meningkat sekitar 600 pips sehingga setakat sesi Eropah pada Rabu.

Faktor kenaikan harga dilihat didorong pada penyusutan US dolar dalam pasaran susulan laporan penggubal polisi di Amerika Syarikat (AS) yang meningkatkan nilai pakej rangsangan berbanding cadangan sebelum ini.

Sementara itu, perkembangan vaksin masih lagi dipantau dengan UK menjadi negara Barat pertama meluluskan vaksin Covid-19 dan bakal diagihkan seawal minggu hadapan.

Dengan momentum kenaikan harga emas yang dipaparkan berkemungkinan akan menuju paras ketinggian terbaru minggu ini pada zon SBR 1850.00.

Namun jika harga emas kembali mengalami kejatuhan, paras support 1764.00 akan kembali diuji semula sekiranya penurunan harga menembusi semula zon penting 1800.00.

Kejatuhan lebih buruk harga emas dijangka akan ke paras harga 1700.00 untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon tersebut.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat