Analisis GOLD – Ini Berlaku Selepas Harga Emas Capai Paras $1,900

992

Pergerakan harga emas bersambung pada dagangan hari ini (Rabu) dilihat masih mendatar seiring pergerakan suram US dolar sementara pelabur menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan pada Khamis.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat menguji zon rintangan pada 1900.00 semalam di sesi Asia dan sesi Eropah namun gagal untuk menembusi ke paras lebih tinggi.

Malah, penurunan harga dipamerkan pada awal sesi New York dari zon resistance 1900.00 tersebut mencecah ke paras terendah harian semalam sekitar 1884.00.

Namun, harga sedikit meningkat semula sebelum pergerakan harga perlahan menuju penghujung sesi dan menutup dagangan sekitar 1892.00.

Pelabur berwaspada menantikan isyarat lebih jelas untuk arah pergerakan harga emas apabila harga berlegar di sekitar paras sokongan Moving Average 50 (MA50 pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Namun selepas mendatar di sesi Asia, harga mula menunjukkan tanda-tanda penurunan pada sesi Eropah pada petang ini.

Berkemungkinan penurunan harga telah dijangkakan oleh para pelabur selepas zon resistance 1900.00 masih menghalang kenaikan harga pada minggu ini.

Paras sokongan terhampir dilihat pada 1875.00 sebelum penurunan lebih rendah yang berjaya diteruskan dilihat akan menuju ke paras sekitar 1850.00.

Turun lebih rendah melepasi paras tersebut akan menguatkan jangkaan harga emas untuk kembali semula ke paras tumpuan pada 1800.00 dalam pergerakan trend bearish harga.

Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak semula, zon resistance 1900.00 perlu harga tembusi untuk meneruskan langkah pendakian yang lebih tinggi.

Sasaran kenaikan harga seterusnya masih lagi tertumpu pada ketinggian harga 1950.00 yang menjadi paras rintangan ketika dagangan November dan Januari lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat