Analisis GOLD – Isyarat Bullish Untuk Emas Semakin Lemah

2,875

Pelabur menarik nafas lega apabila pengukuhan US dolar tidak begitu memberi kesan penurunan ketara terhadap nilai emas.

Malah terdapat faktor yang boleh mendorong penyusutan semula US dolar sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Pun begitu, pelabur berhati-hati untuk sebarang kemungkinan seperti berlakunya aktiviti pengambilan untung (profit taking) yang memberi risiko ke atas pergerakan harga.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, masih melihatkan penurunan harga berlaku pada dagangan Khamis semalam.

Namun harga sekadar menguji paras tumpuan 1745.00 sebelum pantul membuat kenaikan semula.

Harga yang masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga memberikan isyarat bullish.

Namun, kenaikan harga yang dipaparkan pada dagangan hari ini (Jumaat) dilihat sangat perlahan berkemungkinan pelabur juga berwaspada dengan sentimen pasaran yang tidak menentu.

Kenaikan harga bakal menguji zon rintangan pada 1765.00 sebelum memberikan petunjuk bagi kenaikan yang lebih tinggi.

Kenaikan yang diteruskan akan kembali menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1800.00.

Namun jika harga emas menjunam semula di bawah paras 1745.00, pelabur akan menilai sebagai isyarat bearish harga semula.

Penurunan bakal dijangkakan untuk menuju zon support 1700.00-1680.00 yang menjadi zon penting buat harga.

Zon tersebut turut diuji pada dagangan Mac lalu, namun berjaya menyokong lonjakan harga semula begitu juga situasi yang berlaku di awal minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat