Analisis GOLD – ‘Jangan Kejut Harga Emas Yang Sedang Tidur’, Siap Pacak 350 Pips!

981

Terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan peningkatan serta hasil perbendaharan AS 10 tahun yang telah menyusut di bawah paras 1.60% telah memacu lonjakan pada harga emas.

Penantian terhadap Federal Reserve (Fed) mengenai pengetatan dasar polisi serta kadar inflasi AS yang meningkat tinggi turut mengakibatkan pelabur kembali beralih arah kepada dagangan emas.

Di samping itu, pelabur juga dijangka akan meneliti kepada data indeks harga pengeluar (PPI) AS yang akan menjadi sumber rujukan untuk menilai pergerakan harga emas selanjutnya.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD kembali mempersembahkan aksi lagak ngeri dengan mencatat lonjakan drastik melebihi 350 pips pada sesi dagangan Khamis.

Selepas sahaja menyentuh paras halangan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam, pergerakan harga terus meroket dan menghampiri paras rintangan yang menjadi tumpuan pelabur pada 1800.00.

Peningkatan yang dipaparkan dilihat telah mencantas paras tertinggi minggu lalu serta paras rintangan paling sukar ditembusi sekitar 1780.00 untuk memberi isyarat awal perubahan trend yang lebih jelas.

Jika kenaikan harga emas berjaya diteruskan, kebarangkalian harga emas dijangka berupaya melepasi zon rintangan 1800.00 untuk kembali menguji zon rintangan seterusnya pada 1830.00.

Zon rintangan 1830.00 tersebut juga merupakan zon yang kukuh meskipun sering kali diuji dan masih utuh bagi mengekang daripada lonjakan harga yang lebih tinggi sejak daripada sesi dagangan Julai.

Namun sekiranya pergerakan harga kembali merundum semula, pergerakan harga berkemungkinan bakal menguji zon RBS (resistance become support) 1780.00 sebelum susut ke paras yang lebih rendah.

Sekiranya harga terus susut lebih parah, junaman berikutnya akan menyaksikan harga menjunam semula ke zon RBS 1760.00 yang mana ia merupakan zon yang memulakan rentak kenaikan harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat