Analisis GOLD – Jatuh Tak Berkesudahan, Emas Dah Cecah $1,950!

1,993

Pelabur emas berputih mata sekadar mampu melihat harga logam kuning itu terus menyusur lebih rendah sehingga dagangan menuju ke penghujung minggu.

Penganalisis telah menjangkakan terlebih awal untuk corak penurunan pada minggu ini setelah paras harga $2,000 gagal ditembusi minggu lalu.

Seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga mengekalkan corak bearish sejak pembukaan dagangan awal minggu lalu.

Setelah lonjakan pada Jumaat lalu ketika data pekerjaan NFP diterbitkan, harga yang mencapai paras ketinggian 2000.00 telah berundur turun sebelum harga dibuka lebih rendah di awal minggu.

Setelah itu, penurunan berterusan dipamerkan dengan harga kekal bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Melepasi paras 1980.00, harga melanjutkan penurunan mencecah 1957.00 pada Selasa lalu.

Kemudian, penurunan diteruskan lagi pada Rabu semalam sehingga harga akhirnya telah mencecah ke paras tumpuan pada 1950.00.

Pergerakan harga berlegar perlahan di sekitar tersebut pada sesi Asia, namun di sesi Eropah terdapat tanda-tanda untuk harga menyambung penurunan lebih rendah.

Jika corak bearish kekal berterusan, harga dilihat akan menuju pula ke sekitar 1930.00 sebelum mencecah paras 1920.00 untuk menguji support penting itu.

Namun jika harga berjaya melonjak kembali dari zon 1950.00, halangan MA50 akan cuba untuk dilepasi sebelum memberi isyarat perubahan trend bullish.

Kenaikan harga bakal diteruskan untuk menembusi zon 1980.00 sebelum mensasarkan semula untuk mencapai paras 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat