Analisis GOLD – Jeng Jeng Jeng! Ini Jangkaan Harga Emas Menjelang FOMC

3,724

Menilai kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD menyaksikan penurunan semula harga setelah kenaikan hampir untuk menguji zon rintangan 1800.00.

Penurunan harga itu juga telah gagal lepasi trendline resistance harga untuk kembali susut dan terus bergerak mendatar dalam zon RBS (resistance become support) 1780.00 di sesi dagangan Eropah hari ini (Rabu).

Menjadi petunjuk awal untuk trend bearish yang mana pergerakan harga dilihat telah pun melepasi dan terus didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Pelabur semakin berhati-hati dengan dagangan emas kuning yang sedang ‘menggigil’ di kala penantian terhadap penerbitan data-data penting dan mesyuarat FOMC pada malam ini yang mungkin akan menggegar pergerakan harga pada carta XAU/USD.

Masih terdapat jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) berkemungkinan akan kurangkan pembelian bon dan faktor berkenaan akan mampu untuk meranapkan peluang harga emas untuk meningkat sekiranya US dolar mengukuh.

Andai kata Fed melontarkan isyarat jelas untuk pengurangan pembelian yang lebih besar, ia sama sekali bakal menyokong matawang USD untuk melonjak dan seterusnya akan menendang harga emas jatuh lebih rendah.

Jangkaan pengekalan trend penyusutan yang lebih rendah bakal berlaku andai kata harga emas terus jatuh di bawah zon RBS 1780.00 itu untuk harga menuju ke zon RBS seterusnya sekitar 1760.00.

Namun sekiranya impak pengukuhan yang agresif melanda kepada USD untuk menekan harga susut dengan parah, zon sokongan pada 1740.00 berkemungkinan akan mampu untuk kembali diuji.

Akan tetapi jikalau pergerakan harga emas berupaya bagi mengekalkan lonjakan seperti sebelum ini, trendline resistance dijangka akan dirobek untuk harga mencapai semula zon rintangan 1800.00.

Manakala puncak ketinggian yang menjadi tumpuan pelabur serta kebiasaannya sering mengekang lonjakan sekitar 1813.00 dilihat akan sekali lagi diuji sebelum harga mendaki lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat