Analisis GOLD – Kali Ini Emas Sudah Terjun Bawah Paras $1,800

1,717

Pelabur emas pastinya lebih awal lagi sudah bersiap sedia berdepan kekecewaan apabila dagangan emas menepati ramalan untuk jatuh di bawah paras harga $1,800 minggu ini.

Seperti yang dikongsikan pada analisis semalam bagi carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga ketika analisis dikongsikan semalam berlegar di atas paras 1800.00 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support).

Penganalisis telah menjangkakan penurunan harga akan diteruskan untuk menyambung terjunan harga 600 pips ketika reaksi terhadap mesyuarat FOMC yang menyaksikan US dolar kukuh semula.

Penurunan harian semalam menyamai situasi penurunan hari sebelumnya hampir sekitar 600 pips menuju ke paras tumpuan 1765.00 untuk mencatatkan paras terendah 7 minggu.

Namun belum mencecah ke paras tersebut, harga meningkat semula sehingga bersambung ke sesi Asia dan Eropah pada Jumaat.

Harga dijangka akan menguji paras 1800.00 sebelum menyambung penurunan lebih rendah sehingga zon support 1765.00 akan diuji semula.

Namun kenaikan harga juga boleh dijangkakan untuk situasi pengambilan untung (profit-taking) oleh para pelabur setelah perbezaan sekitar $100 harga emas pada minggu ini.

Bagi kenaikan harga yang diteruskan di atas paras 1800.00, pelabur akan kembali memberi tumpuan kepada paras penting sebelum ini seperti zon rintangan 1820.0 dan zon SBR (support become resistance) 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat