Analisis GOLD – Ke Mana Hala Tuju Emas Menjelang Dagangan Penghujung Minggu?

1,788

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD, harga dilihat terus mendaki untuk menguji paras tertinggi sekitar 1868.00 sebelum bergerak perlahan pada penghujung sesi.

Namun, pergerakan harga tampaknya memapar sedikit penyusutan hampir 100 pips ketika memasuki pembukaan sesi dagangan di sesi Asia dan bersambung ke sesi Eropah hari ini (Jumaat).

Jika diperhatikan, harga juga nampaknya seperti ingin menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat dalam mengekalkan corak uptrend.

Pengaruh penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang telah mengejutkan pasaran terus menyokong dagangan emas untuk mempersembahkan aksi cemerlang pada dagangan minggu ini.

Kegusaran mengenai risiko kadar inflasi AS yang melonjak tinggi serta implikasi negatifnya kepada pertumbuhan ekonomi global terus memberi manfaat kepada harga emas.

Selain itu, kerancakkan dagangan emas juga disokong oleh sentimen pasaran yang berisiko akibat ketidakpastian mengenai isu Evergrande dan lonjakan semula kes penularan Covid-19 di beberapa negara.

Tetapi pengukuhan ketara dolar greenback serta jangkaan aktiviti pengambilan untung (profit taking) pada ketika ini juga boleh memberi tekanan kepada dagangan emas daripada terus catat peningkatan yang lebih garang.

Jika harga pada carta XAU/USD kembali mempamerkan penyusutan lebih rendah melepasi MA50, zon RBS (resistance become support) kebarangkalian akan kekal menjadi zon utama untuk diuji.

Pergerakan harga dijangka bakal mula memberi petunjuk awal untuk membuat perubahan trend jikalau harga terus menembusi trendline support untuk mencecah ke zon seterusnya sekitar 1830.00.

Sekiranya pergerakan harga berupaya untuk bertahan dalam meneruskan trend kenaikan, zon rintangan 1880.00 dijangka akan diuji dan seterusnya bakal mencipta paras ketinggian terbaharu lagi.

Peningkatan lebih agresif berkemungkinan akan melihat harga mencapai paras ketinggian yang pernah dicapai pada dagangan Jun sekitar 1900.00 yang juga dijadikan sebagai sasaran berikutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat