Analisis GOLD – Kekal Bearish, Emas Susut Ke Paras Jangkaan $1,620

1,089

Seperti memberi harapan awal, emas terus mengecewakan pelabur semalam apabila nilai aset itu menjunam semula di sesi New York selepas peningkatan harga yang dipaparkan pada sesi-sesi sebelumnya.

US dolar pada mulanya sedikit pasif membuka ruang untuk harga emas meningkat, namun pengukuhan semula raja mata wang itu kembali memberi tekanan harga emas mengalami penurunan semula.

Ini dapat dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam apabila harga memulakan kenaikan dari awal sesi Asia di paras 1623.00 menguji zon 1640.00 yang seperti dijangkakan akan menjadi tumpuan.

Namun, zon SBR (support become resistance) itu nyata menjadi penghalang kenaikan lebih tinggi emas sebelum dagangan yang menuju ke penghujung sesi New York menyaksikan penyusutan semula ke sekitar 1627.00.

Ketika penurunan semula harga dari zon 1640.00, harga juga dilihat kembali berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang memberi isyarat pergerakan bearish buat emas.

Penurunan lebih rendah dilihat pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat) ke zon 1620.00 dan terdapat sedikit lantunan awal pada sesi Eropah selepas reaksi terhadap zon penting itu seperti yang dijangkakan penganalisis sebelum ini.

Penurunan jika diteruskan lebih rendah seterusnya dilihat akan mencecah paras tumpuan pada 1600.00 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Sebaliknya jika berlaku lantunan semula harga emas dari zon 1620.00, halangan MA50 akan diuji sebelum harga menuju zon SBR 1640.00 kembali.

Lonjakan lebih tinggi dengan isyarat perubahan trend bullish buat emas akan mendorong jangkaan harga untuk meningkat sehingga ke sekitar 1680.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat