Analisis GOLD – Kenaikan Nilai Emas Seterusnya Sasar Paras Harga $1,830?

1,155

Berjaya menjauhi paras $1,800, harga emas meneruskan kenaikan lebih tinggi pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Emas meningkat sementara pelabur berwaspada terhadap pergerakan US dolar yang sedikit suram walaupun laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu memaparkan pertambahan pekerjaan yang tinggi pada Januari.

Tumpuan seterusnya akan terarah pada terbitan laporan inflasi AS pada Khamis yang dijangka akan turut mempengaruhi perubahan nilai emas dalam pasaran.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah paparkan kenaikan ke paras sekitar 1823.00 pada penghujung sesi New York.

Namun paras tersebut menjadi rintangan buat harga apabila harga kembali susut semula pada sesi Asia pagi ini ke sekitar 1815.00.

Pun begitu, pelabur masih optimis terhadap pergerakan semasa emas ekoran harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Berkemungkinan kenaikan harga yang diteruskan bakal menguji paras 1830.00 pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Jika momentum positif emas diteruskan, harga boleh kembali mencapai semula zon rintangan yang menjadi tumpuan harga pada dagangan Januari lalu sekitar 1850.00.

Sebaliknya jika harga emas susut di bawah paras zon harga 1810.00 dan juga melepasi paras sokongan MA50, berkemungkinan akan menjadi petunjuk awal buat pelabur untuk penurunan harga emas.

Susut di bawah paras penting 1800.00 akan menambah petunjuk untuk penurunan harga selanjutnya untuk harga menuju pula ke zon support sekitar 1780.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat