Analisis GOLD – Kenaikan Semula Emas Ke Paras $1,900 Buat Pelabur Lega

810

Selepas harga emas menjunam pada Khamis lalu, Jumaat menyaksikan lonjakan semula harga emas selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada sesi New York.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah mencecah paras terendah minggu lalu sekitar 1856.00 sebelum melonjak semula 400 pips.

Penyusutan semula US dolar akan kembali membuka peluang untuk peningkatan lebih tinggi nilai emas membuatkan para pelabur emas kembali optimis pada minggu ini.

Walaupun pergerakan harga perlahan pada dagangan yang bersambung di awal minggu ini, namun harga terus pamerkan kenaikan menguji semula paras tumpuan pada 1900.00.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD juga turut berikan isyarat positif untuk trend bullish.

Namun pada dagangan hari ini (Selasa), harga menunjukkan sedikit penurunan sejak awal sesi Asia bermula dari paras 1900.00 menuju ke paras sokongan MA50.

Pelabur menantikan isyarat lebih jelas untuk arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Jika harga kembali disokong pada paras MA50, kenaikan harga dijangka bakal bergerak lebih tinggi di atas paras 1900.00 untuk melepasi zon rintangan tersebut.

Selepas menembusi zon tersebut barulah pelabur akan melihat sasaran harga lebih tinggi untuk dicapai emas berkemungkinan ke paras 1950.00.

Sebaliknya, jika penurunan sejak sesi Asia pagi ini berterusan, paras sokongan awal dilihat pada 1875.00 sebelum penurunan lebih rendah akan kembali ke paras terendah minggu lalu pada 1856.00.

Penurunan lebih rendah di bawah zon support 1850.00 akan mendorong harga emas untuk kembali semula ke paras tumpuan pada dagangan April iaitu zon RBS (resistance become support) 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat