Analisis GOLD – Keputusan NFP AS Dinanti, Ke Mana Arah Sebenar?

1,494

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya telah menampilkan terjunan menghampiri 200 pips ketika sesi New York (Khamis) sebelum kembali merekod peningkatan.

Yakni yang mana peningkatan tersebut sama sekali telah bergerak semula pada zon tumpuan pelabur iaitu pada zon 1800.00 dan di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk petanda bullish.

Namun demikian, harga emas dilihat telah memulakan pergerakan yang perlahan pada dagangan hari ini (Jumaat) sebelum sedikit rancak ketika sesi Eropah dan menjelang pembukaan sesi New York kelak.

Dagangan emas tampaknya terkesan ekoran penerbitan data PMI perkhidmatan ISM Amerika Syarikat (AS) memaparkan bacaan positif serta laporan tuntutan pengangguran yang menunjukkan pengurangan.

Akan tetapi prospek inflasi yang dinyatakan oleh bank-bank pusat utama serta kemerosotan yang dicatatkan oleh dolar greenback sedikit sebanyak telah membantu harga emas untuk kekal stabil.

Sungguhpun begitu, terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada sesi New York malam ini akan menentukan hala tuju pergerakan harga emas yang lebih jelas lagi.

Sasaran berikutnya akan kekal diperhatikan pada zon RBS (resistance become support) 1800.00 untuk ditembusi sebelum jangkaan mampu menjejaki zon sokongan 1760.00 andai kata laporan NFP kukuh.

Namun zon sokongan itu akan dinilai susulan zon tersebut pernah membantu lonjakan harga sebelum ini dan penurunan lebih rendah bakal menyaksikan harga menuju ke zon sokongan 1760.00.

Kebarangkalian untuk harga memulakan langkah lonjakan akan dilihat jikalau harga mampu mendaki lebih garang untuk mencapai zon SBR (support become resistance) 1830.00 dan mengatasi MA50 itu.

Bayangan yang ketara untuk mempamer perubahan trend bullish bakal disaksikan andai kata harga berupaya menuju ke zon SBR yang selanjutnya pada 1850.00 yang juga paras ketinggian 11 bulan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat