Analisis GOLD – Ketegangan Krisis Rusia-Ukraine Kekal Beri Manfaat Kepada Dagangan Emas

1,013

Walaupun nilai emas sedikit susut pada pembukaan dagangan awal minggu ini semalam, pelabur emas yang optimis sebelum ini menarik nafas lega apabila harga menepati jangkaan untuk kekal berada di atas paras $1,900 semula.

Jangkaan positif pelabur akan berterusan ekoran sentimen pasaran masih kekal berisiko dengan kehangatan krisis antara Rusia dan Ukraine.

Perkembangan lanjut krisis geopolitik tersebut, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah telah mula campur tangan selepas Rusia mengisytiharkan dua wilayah timur Ukraine sebagai negara bebas dan mengarahkan tentera Rusia untuk melancarkan ‘operasi pengaman’ di wilayah tersebut.

Justeru, dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga meneruskan kenaikan di penghujung sesi New York melepasi paras 1900.00 sebelum bergerak mendatar pada sesi Asia dan Eropah hari ini.

Pergerakan mendatar harga emas dilihat berlegar di sekitar ketinggian 1912.00 dengan jangkaan kenaikan berkemungkinan akan diteruskan pada sesi seterusnya.

Jika pasaran masih menilai risiko pada pasaran dan mendorong peningkatan tarikan terhadap aset safe-haven emas, harga bakal meningkat lebih tinggi.

Kenaikan harga akan mensasarkan sehingga ke paras 1950.00 untuk rekod harga tertingi emas bagi tempoh 13 bulan.

Namun sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran dan memberi kejutan buat pelabur, jadi pelabur perlu bersiap sedia.

Sekiranya situasi berubah dan harga emas menjunam semula di bawah paras 1900.00, bakal terdapat isyarat perubahan trend bearish apabila paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga ditembusi.

Untuk jangkaan bagi penurunan harga, zon RBS (resistance become support) yang dilihat akan menjadi tumpuan adalah pada 1870.00 dan 1850.00 untuk penurunan awal.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat