Analisis GOLD – Lepas Capai Paras $1,737, Harga Emas Susut Semula

1,454

Dagangan emas pada awal minggu dilihat lebih perlahan berbanding pergerakan agresif minggu lalu selepas harga kembali menjunam semula melenyapkan keuntungan yang dicapai sebelumnya.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga mencapai paras 1739.00 pada Khamis lalu sebelum harga menjunam semula ke paras 1700.00.

Namun harga berjaya menutup dagangan minggu lalu lebih tinggi semula di atas paras 1720.00.

Penganalisis menjangkan untuk harga emas kembali meneruskan kenaikan semula pada minggu ini, namun pergerakan harga masih perlahan pada Isnin walaupun menunjukkan corak kenaikan.

Bersambung pada dagangan Selasa, harga pamerkan kenaikan di sesi Asia ke paras 1737.00 sedikit mengatasi paras ketinggian yang dicapai semalam.

Namun pada sesi Eropah, pasaran menyaksikan penurunan semula harga emas sehingga susut ke paras sekitar 1726.00.

Situasi tersebut didorong oleh peningkatan hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang susut sebelum ini dan menyokong pengukuhan US dolar dalam pasaran sekaligus memberi tekanan terhadap dagangan emas semasa.

Namun jika hasil bon AS kembali pamerkan penurunan, harga emas boleh meningkat semula untuk meneruskan kenaikan.

Sekiranya harga terus membuat penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga bagi isyarat awal trend bearish, paras 1720.00 seterusnya akan diuji.

Penurunan lebih rendah bakal mendorong harga untuk jatuh lebih rendah sehingga ke paras 1700.00 semula.

Untuk dagangan US dolar, pelabur akan memantau data jualan runcit AS yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi. Pelabur juga kekal berwaspada menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat