Analisis GOLD – Lonjak Tinggi, Emas Kini Lepasi Paras $1,760

1,160

Dagangan komoditi emas cemerlang meneruskan pengukuhan di penghujung minggu selepas terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terus menguncup buat suku kedua beturut-turut membuatkan US dolar terus bergerak lemah menyusuli reaksi negatif ketika mesyuarat FOMC.

Bacaan bagi data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS mencatatkan penguncupan 0.9% bagi suku tahun kedua dan tersasar daripada jangkaan untuk berlakunya peningkatan 0.4% dari penguncupan 1.6% pada suku sebelumnya.

Presiden Joe Biden masih tenang menyatakan AS belum berada dalam kemelesetan walaupun isyarat yang menunjukkan situasi sebaliknya, sementara kenyataan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell telah memberikan sokongan pengukuhan harga yang mengatakan kemungkinan untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah untuk mesyuarat seterusnya.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menyambung kenaikan lebih tinggi selepas bergerak mendatar pada zon 1738.00 mengekalkan momentum lonjakan selepas mesyuarat FOMC.

Kenaikan harga emas dilihat diteruskan bersambung pada sesi New York kesan reaksi terbitan data KDNK AS, melepasi paras 1750.00 dan harga mula mendatar di atas paras tersebut sehingga penghujung sesi dan bersambung ke pada awal sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Harga yang masih kekal berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) selepas mesyuarat FOMC lalu memberi isyarat pergerakan bullish buat emas melanjutkan kenaikan ke paras lebih tinggi sehingga ke penghujung minggu.

Momentum yang masih dikekalkan menyaksikan lonjakan harga emas pada penghujung sesi Asia melepasi rintangan pada 1760.00 bersambung pada dagangan sesi Eropah dan dilihat bakal menuju ke paras 1785.00 untuk menguji semula zon rintangan tersebut.

Untuk pengukuhan harga seterusnya, kenaikan yang lebih tinggi bagi logam kuning ini dijangkakan untuk kembali ke zon tumpuan 1800.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Sebaliknya, jika harga menunjukan penyusutan semula di bawah zon 1760.00, pelabur emas bakal bewaspada untuk petunjuk awal berlakunya perubahan trend bearish semula pada carta harga.

Penyusutan lebih rendah bagi emas dijangkakan bakal mensasarkan ke zon resistance become support (RBS) 1735.00 untuk diuji, sebelum penyusutan yang diteruskan mencecah semula ke zon sokongan harga minggu ini pada 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat