Analisis GOLD – Lonjakan Emas Macam Ni Lah Yang Pelabur Tunggu!

1,900

Memberi kegembiraan kembali buat pelabur emas apabila logam kuning berharga tersebut berjaya melonjak semula semalam selepas pasaran menyaksikan harga menjunam di awal minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya melonjak kembali dari paras support 1680.00 yang dicecah harga pada penurunan sebelumnya.

Paras tersebut juga turut menyokong kenaikan harga pada awal dagangan Mac lalu sebelum harga membuat kenaikan lebih 700 pips sehingga pertengahan bulan.

Pelabur yang gelisah dengan jangkaan situasi penurunan lebih rendah harga emas nampaknya kembali lega selepas harga melonjak semula pada dagangan Rabu semalam sekitar 370 pips ke paras ketinggian 1715.00.

Melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) semula, pelabur kembali meletakkan harapan untuk harga meneruskan lonjakan untuk isyarat awal trend bullish.

Kenaikan harga bersambung pada dagangan Khamis hari ini menuju ke paras 1720.00 pada sesi Eropah untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Menguatkan lagi jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan apabila hasil perbendaharaan AS yang susut membuatkan nilai US dolar turut menyusut dan memberi ruang peningkatan nilai emas semasa.

Kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju ke paras rintangan 1745.00 sebelum menuju ke zon SBR 1765.00.

Melepasi zon SBR tersebut akan kembali mendorong harga untuk menuju semula ke paras tumpuan 1800.00.

Sekiranya harga gagal tembusi rintangan 1720.00, penurunan semula harga akan kembali ke paras 1700.00 yang turut dilihat sebagai zon sokongan harga.

Paras 1680.00 kekal menjadi paras support utama harga emas yang masih kebal untuk ditembusi sejak dagangan April 2020.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah unutk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat