Analisis GOLD – Maaf Pelabur! Emas Mengecewakan Lagi

908

Pengukuhan semula US dolar pada dagangan penghujung minggu telah memalapkan kembali sinar kilauan emas yang memberi harapan kepada pelabur sebelum ini.

Setelah lonjakan harga emas yang berlaku pada penutup dagangan minggu lalu, pelabur pada mulanya optimis menjangkakan emas untuk mengalami peningkatan nilai yang lebih tinggi selepas prestasi yang agak memuaskan dipaparkan pada awal minggu ini.

Namun, suasana kembali berubah apabila data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku ketiga diterbitkan di sesi New York semalam yang mencatatkan angka bacaan lebih tinggi berbanding ramalan.

Pun begitu, US dolar tidak terus menunjukkan pengukuhan ketara selepas data yang diterbitkan, namun pasaran mula meneliti petanda awal pada perubahan pergerakan raja mata wang itu.

Justeru, harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada Khamis semalam menunjukkan pergerakan lebih mendatar berbanding corak kenaikan pada hari-hari sebelumnya.

Sebelum ini, harga dilihat telah menunjukkan peningkatan dari paras 1640.00 sehingga mencapai paras ketinggian pada 1675.00 sebelum mendatar di sekitar 1660.00 semalam.

Gagal untuk mengekalkan corak menaik sebelum ini, penurunan lebih jelas telah dipamerkan pada sesi Eropah petang ini selepas harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut dengan isyarat pergerakan bearish bermula.

Setakat jam 5 petang waktu tempatan, harga emas telah susut ke sekitar paras 1650.00 dengan sasaran pada paras 1640.00 yang bakal menjadi tumpuan untuk diuji semula.

Melepasi zon penting itu, penurunan bakal diteruskan menuju zon support pada 1615.00 yang telah dicecah pada dagangan penghujung minggu lalu.

Namun, jika harga kembali berjaya membuat lonjakan semula, melepasi halangan MA50 akan memberi harapan semula kepada pelabur untuk menjangkakan emas untuk bergerak ke paras lebih tinggi.

Rintangan pada paras 1680.00 masih kekal menjadi tumpuan untuk diuji selepas harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan pada 1700.00 untuk catatkan paras tertinggi 3 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat