Analisis GOLD – Masih Ada Sinar Semula Apabila Emas Meningkat Ke Paras $1,790

534

Semakin menambah kelegaan kepada pelabur emas apabila nilai logam kuning tersebut mula menunjukkan peningkatan pada dagangan Rabu semalam.

Ini menunjukkan perkembangan yang sedikit positif ekoran pergerakan harga lebih mendatar pada Selasa lalu setelah menyaksikan terjunan ketara berlaku pada awal minggu.

Situasi peningkatan harga emas didorong oleh penyusutan US dolar dalam pasaran semalam ketika perkembangan di China semakin memulih apabila kerajaan mengumumkan untuk dasar sifar-Covid sebelum ini akan ditamatkan.

Namun, sedikit berisiko pada sesi New York apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin mengeluarkan amaran berkenaan ancaman perang nuklear yang berkemungkinan tercetus.

Jika diteliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang mendatar di sekitar 1770.00 pada sesi Asia semalam kemudiannya telah membuat kenaikan sehingga mencapai paras 1790.00 di penghujung sesi New York.

Kenaikan pada carta tersebut juga dilihat telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam dan mencetus petanda awal perubahan trend harga akan berlaku untuk emas.

Namun, menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga bergerak perlahan dan mendatar di bawah paras 1790.00 dari sesi Asia bersambung ke awal sesi Eropah.

Namun, kenaikan harga dijangkakan oleh penganalisis untuk harga menuju kembali ke zon tumpuan 1800.00.

Zon tersebut berkemungkinan akan menjadi rintangan buat harga yang perlu diuji sebelum reaksi harga akan dinilai untuk pergerakan selanjutnya.

Jika harga terus meningkat tinggi melepasi zon 1800.00 dan mengatasi ketinggian dicapai awal minggu, harga emas dijangka akan menuju sasaran terbaru pada 1830.00 untuk catatkan paras tertinggi 6 bulan.

Sebaliknya, kilauan emas berkemungkinan akan pudar jika harga mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhan semula.

Penurunan semula harga emas masih disasarkan untuk menguji zon RBS (resistance become support) pada 1760.00.

Melepasi zon tersebut, harga bakal susut lebih rendah untuk jangkaan menuju pula ke sekitar 1733.00 yang menjadi paras sokongan harga pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat