Analisis GOLD – Meluncur Turun Dari Minggu Lepas, Akhirnya Emas Tekan Brek!

766

Dagangan komoditi emas yang kekal papar penurunan sejak minggu lalu dilihat berjaya melantun semula selepas terbitan data pembuatan dan perkhidmatan (PMI) Amerika Syarikat yang suram dan membantutkan momentum pengukuhan US dolar sebelum ini.

Meneliti butiran data tersebut, sektor perkhidmatan mengucup ke paras yang lebih rendah pada Ogos berbanding jangkaan ke paras 44.1, manakala sektor pembuatan berkembang lebih perlahan ke paras 51.3 mencatatkan paras terendah terbaru sejak Julai 2020.

Indeks dolar dan hasil bon AS 10 tahun juga dilihat menyusut semula selepas berjaya memuncak ke paras yang lebih tinggi pada awal minggu yang turut menyokong peningkatan nilai logam kuning untuk meraih keuntungan di sesi New York semalam.

Melihatkan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada dagangan Selasa semalam, harga pada awalnya bergerak mendatar di zon 1740.00 dengan paras Moving Average 50 (MA50) menjadi rintangan buat harga pada pergerakan di rangka masa 1 jam dari sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

Namun kejutan selepas dagangan memasuki sesi New York dengan lonjakan harga emas selepas reaksi pasaran terhadap data sektor ekonomi AS yang diterbitkan itu.

Harga telah melonjak menembusi paras halangan MA50 sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 1754.00 sebelum pergerakan harga mula mendatar dan perlahan menuju penghujung sesi New York menutup dagangan sekitar 1747.00.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat masih lagi mengekalkan pergerakan mendatar tersebut, berlegar di atas paras sokongan MA50 yang memungkinkan jangkaan untuk harga emas meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, rintangan awal yang perlu ditembusi harga adalah pada zon SBR (support become resistance) 1760.00 terlebih dahulu sebelum pelabur lebih yakin untuk pergerakan emas yang lebih bullish.

Setelah kenaikan diteruskan, harga dijangka untuk menguji semula beberapa paras tumpuan sebelum ini seperti paras 1772.00 dan 1785.00 sebelum kembali mencapai zon rintangan pada 1800.00.

Sebaliknya jika lonjakan semalam sekadar reaksi sementara pasaran dan harga mula menyusut semula, berkemungkinan penurunan akan melepasi paras sokongan MA50 dan menguji zon 1740.00 semula.

Penurunan yang diteruskan boleh melepasi paras terendah yang dicecah awal minggu pada 1728.00 dengan sasaran seterusnya harga untuk menuju ke paras 1720.00 bagi menguji zon support tersebut bagi mencatatkan paras terendah terbaru.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat