Analisis GOLD – Mengiringi Kejatuhan Nilai ‘Silver’

1,045

Pergerakan harga emas dilihat susut pada dagangan hari ini memberi isyarat awal untuk trend kejatuhan nilai bagi logam kuning berharga itu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah susut di bawah paras 1850.00 pada awal sesi pasaran Eropah hari ini (Selasa).

Situasi tersebut dilihat turut mengiringi penurunan nilai perak dalam pasaran setelah logam tersebut mencapai paras tertinggi 8 tahun melepasi paras $30 susulan isu Gamestop yang melihatkan pertempuran dalam pasaran di antara pelabur runcit dan syarikat-syarikat pelaburan.

Harga emas dilihat melonjak pada dagangan awal minggu mencapai paras ketinggian sekitar 1870.00 namun harga gagal untuk kekal berada di paras tinggi sebelum melihatkan penyusutan semula.

Secara teknikal, selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, pelabur berkemungkinan melihat isyarat lebih awal untuk trend bearish.

Sesi Eropah melihatkan harga menjunam sehingga ke paras sekitar 1845.00 sebelum perlahan semula di rintangan 1850.00.

Penurunan harga berkemungkinan bersambung pada sesi New York dengan zon support minggu lalu sekitar 1835.00 akna menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.

Namun jika penurunan berterusan, harga boleh mencecah sehingga ke zon sokongan 1820.00 ataupun paras support tumpuan 1800.00 sebelum ini.

Sebaliknya jika harga melonjak kembali, paras ketinggian pada 1875.00 akan menjadi destinasi tumpuan untuk harga menguji rintangan tersebut.

Paras tersebut turut dicapai pada penghujung Januari lalu namun harga masih gagal menembusinya dan begitu juga pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat