Analisis GOLD – Minggu Ini Pun Harga Emas Akan Mendatar Lagi?

869

Harga emas menyambung pergerakan mendatar minggu lalu pada awak dagangan minggu ini sementara pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas untuk mata wang US dolar.

Walaupun pasaran saham Amerika Syarikat (AS) meningkat dan memberi tekanan buat US dolar sebagai mata wang safe-haven, namun peningkatan pada hasil bon AS dilihat menyokong US dolar dari terus mengalami kejatuhan nilai.

Pergerakan harga juga dijangkakan perlahan pada awal minggu sementara menantikan laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat yang menjadi acara tumpuan utama minggu ini.

Justeru, situasi ini akan terus mempengaruhi pergerakan harga emas yang turut juga mendatar seperti minggu lalu seperti yang dipaparkan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Penurunan harga dilihat akan disokong pada zon support 1765.00 yang dicecah harga pada dagangan 2 minggu yang lalu.

Jika harga berjaya susut lebih rendah melepasi zon tersebut, paras terhampir yang akan diuji dilihat pada 1745.00 sebelum paras tumpuan akan kembali disasarkan pada 1700.00.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan, paras rintangan 1800.00 akan diuji semula untuk memberikan isyarat harga yang lebih jelas.

Kenaikan lebih tinggi di atas paras tersebut akan memberi isyarat awal bagi trend bullish untuk menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat