Analisis GOLD – Momentum Kenaikan Emas Masih Suram

1,222

Dagangan emas perlahan pada awak minggu ini selepas lonjakan ketara dipamerkan pada minggu lalu mendorong pandangan optimis pelabur untuk logam kuning berharga itu terus meningkat tinggi.

Pada dagangan semalam, pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat mendatar di atas paras 1720.00 dengan paras ketinggian dicapai sekitar 1733.00.

Harga emas sedikit meningkat pada dagangan yang bersambung pada Selasa dengan kenaikan ke paras 17383.00 sebelum harga susut semula di awal sesi Eropah.

Harga yang masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal memberi isyarat untuk trend bullish.

Peningkatan semula hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada sesi Eropah hari ini akan kembali menyokong dagangan US dolar.

Situasi ini akan mendorong kejatuhan harga emas berkemungkinan ke paras sokongan pada 1720.00 semula.

Penurunan lebih rendah akan kembali menuju semula ke paras tumpuan sebelum ini pada 1700.00 dan juga 1680.00.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan, paras rintangan 1745.00 akan diuji sekali lagi selepas gagal ditembusi pada dagangan beberapa minggu yang lalu.

Seterusnya zon SBR (support become resistance) 1765.00 pula akan menjadi tumpuan harga sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju semula ke paras 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat