Analisis GOLD – NFP Malam Ini Akan Tentukan Arah Pergerakan Emas

1,582

Dagangan emas sudah mula menunjukkan corak kenaikan harga untuk isyarat awal permulaan trend bullish.

Namun, itu belum cukup untuk membuatkan pelabur berasa selesa sementara pelabur kini sedang bersedia menantikan pergerakan lebih agresif harga pada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah meningkat semula di atas paras 1765.00 selepas paras terendah terbaru dicecah minggu ini sekitar 1750.00.

Kenaikan harga pada Rabu lalu diteruskan pada dagangan Khamis semalam mencapai paras ketinggian sekitar 1782.00 sebelum menutup dagangan sesi New York lebih rendah.

Walaupun corak kenaikan harga perlahan, namun harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD masih memberi isyarat untuk trend menaik harga.

Pergerakan harga perlahan sejak sesi Asia pagi ini bersambung ke sesi Eropah ekoran pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang laporan NFP.

Situasi kenaikan harga yang diteruskan bakal melihat rintangan pada 1800.00 akan diuji semula. Melepasi paras tersebut akan memberi isyarat positif kenaikan harga emas selanjutnya.

Penganalisis menjangkakan kenaikan harga di atas paras tersebut akan mendorong akan menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.

Sementara, jika harga emas kembali mengalami kejatuhan nilai semula, pergerakan harga di bawah paras 1765.00 dilihat akan ke paras sokongan pada 1745.00.

Seterusnya, penurunan lanjut akan menuju pula ke zon tumpuan pada 1720.00-1700.00 yang akan menjadi zon support harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat