Analisis GOLD – Nilai Emas Melonjak Hampir $30 Selepas FOMC

753

Seperti yang dijangka dan ditunggu-tunggu, keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi ini sememangnya memacu arah pergerakan harga yang lebih jelas buat dagangan emas.

Harapan kembali bersinar buat para pelabur apabila nilai emas telah melonjak semula di atas paras $1,800 menuju ke dagangan penghujung minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan zon harga 1800.00 telah berjaya membendung kejatuhan harga lebih rendah walaupun beberapa kali harga mengujinya.

Keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi memberi isyarat dovish dalam penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) membuatkan US dolar mengalami penyusutan nilai.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat yang juga terus bergerak lemah di bawah paras 1.30% menambahkan tekanan buat US dolar, sebaliknya akan dimanfaatkan oleh pergerakan komoditi emas.

Lonjakan lebih 200 pips pada carta XAU/USD bersambung pada dagangan Khamis menyaksikan harga mencatatkan paras tertinggi mingguan hampir mencecah 1820.00 setakat sesi Eropah.

Kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan untuk harga menguji paras ketinggian yang diuji minggu lalu sekitar 1834.00.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong kenaikan harga diteruskan dalam trend bearish menuju ke paras 1850.00 pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini.

Namun, pelabur perlu kekal waspada untuk situasi penurunan harga semula berkemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) pada dagangan penghujung minggu.

Zon 1800.00 akan kekal menjadi zon penting bagi menyokong kenaikan harga semula setelah berjaya menjalankan tugas tersebut sepanjang 4 minggu.

Sekiranya harga menjunam di bawah zon 1800.00, pelabur akan melihat sebagai isyarat untuk permulaan trend bearish dagangan emas.

Penurunan harga bakal menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini di sekitar 1765.00 dan juga 1745.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat