Analisis GOLD – Paras $1,700 Bakal Jadi Sasaran Harga Semula

1,291

Situasi kejatuhan harga emas pastinya tidak disenangi oleh pelabur emas setelah meletakkan harapan tinggi untuk logam kuning berharga itu untuk terus melonjak.

Namun, kebimbangan tersebut mungkin bakal terjadi setelah penganalisis pasaran mula menilai harga emas bakal mengalami susut nilai ekoran pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.

Walaupun hasil perbendaharaan AS telah mula susut dari paras ketinggian 14 bulan yang dicapai sebelum ini, namun US dolar berjaya bergerak kukuh didorong oleh sentimen berisiko pasaran yang dipengaruhi oleh beberapa isu terbaru seperti pemecatan gabenor bank pusat Turki oleh Presiden Erdogan dan sekatan ke atas China berhubung isu hak asasi manusia kaum Muslim Uighur.

Berdasarkan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan yang dipamerkan semalam gagal mencapai paras rintangan 1745.00 dan jatuh semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend menurun.

Dagangan sesi New York sehingga bersambung ke sesi Asia, penurunan harga disokong pada paras sekitar 1725.00, namun harga masih bergerak di bawah paras halangan MA50 setakat sesi Eropah.

Penurunan lebih rendah harga dijangkakan semula ke paras 1720.00 yang diuji pada minggu lalu dan sekiranya trend bearish harga dikekalkan, harga bakal mencecah semula ke paras sokongan pada 1700.00.

Sebaliknya jika harga emas berjaya melonjak semula, paras rintangan 1745.00 masih perlu diuji sebelum kenaikan lebih tinggi akan ke paras tertinggi minggu lalu sekitar 1755.00.

Untuk trend bullish, harga perlu melepasi zon SBR (support become resistance) 1765.00 terlebih dahulu sebelum menguatkan jangkaan untuk harga mencapai semula paras 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat