Analisis GOLD – Paras $1,900 Pula Jadi Sasaran Emas

933

Sentimen pasaran yang beransur pulih terus mendorong penyusutan lebih rendah nilai US dolar dalam pasaran pada awal minggu.

Seperti yang dijangkakan, harga emas kekal mengekalkan kenaikan selepas melepasi paras tumpuan $1,800 pada minggu lalu.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga melonjak lebih tinggi pada sesi New York.

Lonjakan tersebut menyusul setelah harga susut sedikit pada sesi Eropah selepas kenaikan harga pada awalnya mula mendatar di sekitar paras ketinggian 1855.00.

Kenaikan harga pada sesi New York semalam mencecah paras ketinggian sekitar 1868.00 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 bulan.

Seterusnya, harga yang menyambung dagangan pada hari ini (Selasa) dilihat mendatar di bawah paras 1875.00 yang merupakan paras rintangan harga diuji pada awal Februari lalu.

Dengan corak pergerakan yang ditampilkan, harga emas dilihat bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dengan sasaran paras harga seterusnya pada 1900.00 untuk dicapai.

Namun jika perubahan sentimen berlaku dan menyaksikan harga bergerak melawan trend semula, pelabur perlu bersedia untuk penurunan harga emas.

Jika penurunan harga berlaku, paras tumpuan pada 1850.00 dan zon harga 1820.00 dilihat kembali akan diuji.

Untuk penurunan lebih rendah, zon RBS (resistance become support) pada 1800.00 akan menentukan arah pergerakan harga emas untuk tempoh yang lebih panjang.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat