Analisis GOLD – Paras Harga $1,800 Pertahan Kejatuhan Emas Di Awal Minggu

1,027

Seperti yang telah dijangkakan penganalisis, paras harga $1,800 menjadi zon penting buat dagangan emas menjadi tumpuan pelabur pada awal minggu ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga menjunam pada Isnin untuk pembukaan pasaran 2022.

Penurunan sehingga 300 pips tersebut telah mencecah paras 1800.00 dan bersambung pada dagangan Selasa semalam, paras tersebut telah menjadi sokongan buat harga emas untuk meningkat semula.

Kenaikan harga berlaku pada awal sesi New York semalam susulan reaksi pasaran terhadap terbitan data tinjauan ISM bagi sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang menurun memberi kesan penyusutan US dolar.

Ini mendorong kenaikan harga emas dari paras 1800.00 sekitar 160 pips ke paras 1816.00 yang merupakan antara zon tumpuan harga sebelum ini.

Kenaikan harga mula perlahan di sekitar zon tersebut sebelum harga kekal mendatar sehingga ke penghujung sesi New York menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga masih mendatar namun sedikit meningkat dan mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal trend bullish.

Pergerakan harga dijangka akan lebih agresif pada sesi New York sebentar lagi dengan ramalan kenaikan akan kembali menguji rintangan pada paras ketinggian 1830.00.

Kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh dagangan 6 minggu berkemungkinan menuju sehingga sekitar zon 1850.00.

Sebaliknya jika penurunan harga berlaku, paras 1800.00 sebagai paras sokongan akan terus diuji, dan penurunan melepasinya akan beri isyarat lebih jelas untuk kejatuhan lebih paras nilai emas.

Penurunan harga dijangka bakal menuju zon RBS (resistance become support) 1790.00 atau lebih rendah lagi sehingga zon support 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat