Analisis GOLD – Pasai Apa Dah Harga Emas Ni! Ikut Dia Je Canak Lebih 400 Pips

915

Setelah 5 hari mempersembahkan aksi penurunan sehingga mencecah zon sokongan 1720.00, tiba-tiba sahaja harga emas kembali rancak untuk menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 1760.00.

Lonjakan itu juga telah menghasilkan peningkatan melebihi 400 pips pada sesi New York semalam sebelum menyusut semula dan bergerak mendatar pada sesi Eropah hari ini (Jumaat).

Pengukuhan harga emas itu berkemungkinan dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang menyaksikan berlaku sedikit aktiviti profit taking terhdap US dolar pada penghujung dagangan September.

Pergerakan harga dijangka bakal pamer aksi ganas pada sesi New York malam ini yang mana data PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM akan diterbitkan.

Di samping itu, kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang menantikan penerbitan data pekerjaan NFP AS sebelum melaksanakan langkah pengetatan dasar telah menggusarkan pelabur.

Berdasarkan kepada carta harga XAU/USD, harga dilihat telah berjaya menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk memberi bayangan perubahan trend bakal berlaku.

Zon RBS (resistance become support) 1740.00 akan menjadi paras tumpuan pelabur untuk menilai harga sama ada bakal membuat HL (higher low) yang terbaharu ataupun terus menyusut lebih rendah.

Penurunan yang lebih susut akan memperlihatkan pergerakan harga emas untuk kembali menuju ke zon sokongan 1720.00 yang merupakan paras yang telah menyokong semula lonjakan harga pada semalam.

Pelabur juga akan memperhatikan kepada reaksi yang bakal berlaku pada zon SBR 1760.00 bagi menantikan isyarat bullish yang lebih jelas dan dijangka akan menuju ke zon SBR seterusnya 1780.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat