Analisis GOLD – Pelabur Akur Untuk Kejatuhan Emas Lebih Rendah Selepas Junam $60!

1,441

Dagangan emas terus kecundang lebih parah menuju penghujung minggu ini apabila terkesan oleh pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.

Susulan reaksi positif pasaran terhadap mesyuarat FOMC yang bernada hawkish, US dolar terus disokong oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) suku keempat 2021 yang diterbitkan di sesi New York semalam.

Justeru, pelabur emas terpaksa menyaksikan kejatuhan lebih rendah nilai emas seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Selepas kenaikan pada minggu ini berjaya mencapai zon 1850.00, harga telah membuat penurunan sekitar $60 atau 600 pips sehingga ke sesi Eropah petang ini (Jumaat).

Pelabur terpaksa akur untuk menjangkakan penurunan lebih rendah harga emas selepas penurunan di sesi New York semalam telah melepasi paras 1800.00 yang gagal berfungsi sebagai paras sokongan.

Malah, kenaikan yang lemah pada penghujung sesi New York dari paras terendah dicapai sekitar 1792.00 turut gagal untuk melepasi semula paras 1800.00 yang kini menjadi rintangan buat harga.

Penurunan harga disaksikan semula bersambung ke sesi Eropah dan berkemungkinan pelabur akan melihat penurunan lebih agresif pada sesi New York sebelum menutup dagangan minggu ini.

Zon support terhampir sekitar 1785.00 bakal diuji dan penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal menuju zon support tumpuan sebelum ini sekitar 1760.00.

Namun jika kenaikan harga berjaya melepasi semula paras 1800.00, paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan cuba ditembusi untuk memberi isyarat perubahan trend bullish semula.

Kenaikan harga akan menguji semula zon penting pada 1810.00 dan 1830.00 sebelum mencapai semula zon rintangan 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat