Analisis GOLD – Pelabur Bersedia Untuk Kejatuhan Harga Emas Lagi

1,235

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar memperlihatkan pergerakan perlahan harga pada permulaan dagangan minggu ini.

Walaupun agak mendatar, corak penurunan harga ditampilkan memberi isyarat awal untuk kemungkinan penurunan lebih rendah harga bakal berlaku.

Dagangan emas bakal dipengaruhi oleh sentimen risk-on pasaran dengan harapan terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan dibentangkan kepada Kongres pada minggu ini.

Pakej rangsangan bernilai $908 bilion tersebut dibahagikan kepada dua bahagian berasingan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Kongres.

Sentimen positif ini meningkatkan keyakinan pelabur dalam pasaran di samping perkembangan positif vaksin juga turut memulihkan sentimen pasaran yang berisiko minggu lalu.

Harga pada carta XAU/USD kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk permulaan dagangan minggu ini memberi isyarat awal trend bearish.

Penurunan lebih jelas harga dipamerkan pada awal sesi Eropah dengan penurunan harga menguji paras sokongan minggu lalu sekitar 1830.00.

Penurunan lebih rendah dijangkakan menuju ke paras sokongan 1800.00 sebelum harga yang meneruskan penurunan seterusnya akan ke zon support yang diuji pada penghujung dagangan November sekitar 1764.00.

Sekiranya harga membuat kenaikan di atas paras halangan MA50, rintangan 1850.00 akan kembali diuji setelah harga turun lebih rendah dari paras tersebut minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji semula resistance di paras ketinggian 1875.00 yang dicapai minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat