Analisis GOLD – Pelabur Gusar Emas Bakal Terjun Semula Ke Paras $1,800

1,337

Bersambung pada dagangan Rabu, pergerakan harga emas masih lagi perlahan sementara keputusan mesyuarat FOMC terus sabar dinantikan oleh para pelabur.

Selepas kejatuhan harga emas dari paras $1,900 sehingga $1,850 di awal minggu ini, harga kemudiannya dilihat paparkan pergerakan mendatar.

Seperti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, penurunan harga berjaya dibendung selepas menguji paras sokongan 1850.00 pada Isnin lalu.

Namun, pelabur berhati-hati untuk situasi penurunan lebih rendah dengan pergerakan harga masih berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang dilihat sebagai isyarat trend bearish.

Penurunan harga akan kembali menguji paras 1850.00 dan sekiranya harga gagal disokong untuk meningkat semula, berkemungkinan pelabur akan menyaksikan trend bearish lebih jelas pada carta harga emas ini.

Penurunan bakal menuju ke paras sekitar 1820.00 terlebih dahulu sebelum ke paras tumpuan utama iaitu pada 1800.00 yang berada di zon RBS (resistance become support).

Sementara, kenaikan harga pula akan menguji rintangan terhampir pada 1875.00 selepas berjaya melepasi halangan MA50 untuk isyarat awal memulakan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan bakal kembali menguji semula zon rintangan utama pada 1900.00.

Zon tersebut dilihat menjadi kesukaran untuk emas tembusi, malah harga hanya mampu bertahan sementara sahaja di atas paras tersebut ketika kenaikan pada dagangan awal Jun.

Pastinya keputusan mesyuarat FOMC pada pagi Khamis nanti akan mencorakkan jangkaan seterusnya pergerakan harga emas buat para pelabur.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat