Analisis GOLD – Pelabur Lega Emas Lonjak Semula Hampir $30

1,165

Pelabur kembali menarik nafas lega apabila harga emas berjaya ditutup di paras lebih tinggi semula pada penghujung sesi New York selepas pada mulanya membuat penurunan susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC.

Seperti dijangkakan, penurunan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menguji zon support 1760.00, dengan paras terendah mencecah sekitar 1753.00 dengan pengukuhan awal US dolar.

Namun, US dolar yang kemudiannya mengalami penyusutan nilai telah mendorong peningkatan harga sehingga 270 pips ke paras 1780.00.

Walaupun situasi tersebut dilihat hanya sementara oleh pelabur, namun penyusutan US dolar tersebut telah memberi ruang untuk harga emas meningkat.

Kebimbangan terhadap ancaman coronavirus Omicron yang masih berlegar dalam pasaran turut akan mempengaruhi pergerakan emas semasa.

Selepas lonjakan harga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, kenaikan diteruskan pada dagangan hari ini namun pada kadar yang lebih perlahan.

Zon tumpuan harga bagi kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke paras 1800.00 dengan jangkaan reaksi menarik harga akan berlaku pada zon penting tersebut.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menguji pula zon 1810.00 dan berpotensi untuk mencapai sehingga ke paras ketinggian 1830.00 untuk pergerakan trend bullish yang lebih jelas.

Sebaliknya jika harga kembali papar pergerakan yang mengecewakan untuk pelabur, zon support pada 1760.00 dilihat bakal diuji semula untuk penurunan harga.

Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu buat emas dengan sasaran seterusnya adalah pada zon support utama 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat