Analisis GOLD – Pelabur Lega Emas Lonjak Semula, Tapi Jangan Bersorak Dulu!

730

Terselamat dari bencana, emas berjaya didagangkan meningkat semula pada Selasa semalam dengan perkembangan perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) masih lagi dipantau pelabur.

Dibimbangi untuk susut lebih rendah, harga emas sebaliknya terpacak naik semula semalam ketika US dolar bergerak lemah pada sesi Eropah sebelum sedikit pulih di sesi berikutnya.

Pelabur meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dan menilai petunjuk untuk kebarangkalian perubahan trend yang boleh berlaku.

Penurunan harga telah mencecah 1932.00 pada mulanya sebelum harga berubah arah melonjak hingga menembusi zon 1950.00 semula.

Kenaikan sehingga ke paras ketinggian sekitar 1960.00 itu juga telah menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut untuk isyarat awal perubahan trend bullish buat emas.

Pergerakan harga walau bagaimanapun lebih mendatar pada sesi Asia dan Eropah hari ini, namun pelabur berhati-hati untuk pergerakan di sesi New York yang boleh berubah agresif.

Jika corak kenaikan harga terus dipaparkan, harga bakal menguji rintangan pada zon 1980.00 yang turut diuji pada minggu lalu.

Sekiranya berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga dilihat akan mencapai 2000.00 yang menjadi antara zon tumpuan harga sebelum ini.

Namun jika harga menjunam di bawah 1950.00 semula, paras sokongan MA50 turut akan ditembusi dan menjadi indikasi untuk harga menyambung semula penurunan lebih rendah.

Jika paras terendah dicecah semalam berjaya diatasi, harga akan turun lebih rendah lagi selepas ini dengan sasaran untuk menuju ke 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat