Analisis GOLD – Pelabur Lega Emas Naik Semula Di Atas Paras $1,800

638

Tiada perubahan ketara pada dagangan emas yang masih berlegar pada zon harga $1,800 sejak minggu lalu dan bersambung ke awal minggu ini.

Pada dagangan Isnin semalam, harga dilihat cuba untuk membuat penurunan di bawah paras $1,800 sebelum meningkat semula di atas paras tersebut sebelum menutup dagangan pada sesi New York dengan pergerakan yang perlahan.

Sentimen pasaran semasa serta pergerakan US dolar dipantau pelabur di mana mempengaruhi pergerakan harga emas.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada malam ini serta ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Rabu bakal menjadi perhatian.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dapat melihatkan cubaan awal harga untuk membuat penurunan di bawah paras 1800.00. Selepas mencecah paras 1792.00, harga mula meningkat semula sebelum perlahan di paras 1805.00.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Selasa, harga emas bergerak sedikit tinggi sekitar 1810.00 namun gagal menunjukkan kenaikan yang jelas walaupun pergerakan harga bermain di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend menaik.

Berkemungkinan pelabur akan melihat trend arah harga yang lebih jelas selepas data inflasi AS diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi.

Kenaikan harga yang diteruskan akan menguji zon rintangan 1820.00 sebelum kenaikan lebih jelas akan mendorong harga emas menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.

Sementara jika harga membuat penurunan di bawah paras 1800.00 melepasi sokongan MA50, pelabur akan bersiap sedia untuk kejatuhan harga emas.

Penurunan harga boleh mencecah semula ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1765.00 dan paras support 1745.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat